April 20, 2011

Kerja Oh Kerja

Pernah tak kamu rasa 
Kerja itu amat membebankan
Bila kerja rasa nak cuti panjang
Tapi
Bila dah cuti panjang bosan pulak
Cuti pun adakala amat membebankan

Maka, itu lah yang sedang aku rasa.....
Rasa nak bersiap pergi kerja pagi pagi
Rasa nak pergi kerja

Orang kata aku gila kerja
Salah, aku rasa aku cuma gila penat..
Bila penat , hidup aku rasa digunakan
Bila penat, Barulah aku rasa berbaloi untuk rehat


aku suka yang ni. amik kat The Google
moral daripada gambar adalah :Manusia tak pernah bersyukur

TAPI..........
waktu masalah kerja tiba macam dalam gambar nih
tak lalu aku nak kerja,
eh, alamak..... aku da terjebak dengan gambar di atas.. opps

January 18, 2011

Semoga hati ku seluas lautan

Hati tak mungkin seluas lautan
Namun tak kan ku jadikan sekecil cawan
Aku masih hidup dan bernyawa
aku mahu merasa pahit manisnya hari-hari ku
aku mahu mencari impian seorang insani.....
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::insyaallah::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

blur aku dibuatnya....hari- hari aku sekarang penuh dengan rutin berkerjaya (kononnya la kan)
tido, bangun, g keje, extend hour in opis lagi, balik, melantak, tido...... mungkin aku perlukan sesuatu
untuk memeriahkan hari2 ku....contohnya blog ni..... aku nak mulakan perlahan-lahan.... semoga ilmu atau pengalaman yang aku dapat boleh dikongsikan bersama.........

hari ni aku makan (perlu ke yun ko mulakan topik tahun baru dengan makan T_T*)
okey...itu gangguan...
Hari ini saya makan cocoa puff Kellogg ngn susu segar, konon nya nak hidup sihat maka otak cerdas....
Namun begitu seketika kemudian, rumet aku yang baik hati menjemput aku g makan di Islamic Kitchen...
" Aku xnak makan, aku cume nak yang ringan-ringan je....."kata-kata ku semasa tayar kereta baru je nak berpusing......
10 minit kemudian...." Dik, bagi akak bubur nasi dengan air tembikai O"

akhirnya, terdampar aku kekenyangan di tasik penyesalan...alamak, ai........
esok je la aku g gym....

bubur nasi nye agak tawar, namun begitu adik-adik..... kicap ade disediakan..... tambah la sendiri....

huhuhuhu... agak kalau aku g gym leh kurus cam ni tak?....
alamak, angan - angan ku terlebih skit arini.......
makan lagi banyak- banyak..padan la muka ku kan.....
okay sekian

November 08, 2010

wahai si kamu

jika mentari hari ini hilang dari pandanganku

bahagia kerana sinarnya masih di sini
aku cukup gembira kerana hangatnya masih terasa

mengapa kamu melaung kepada yang tiada telinga?
mengapa kamu melambai kepada yang tiada mata?

tahukah kamu angin menyapa menyentuh wajah mu
tahukah kamu angin itu membelai hangat mu
biar kamu tak mampu melihat
biar kamu tak mampu mendengar
kamu pasti masih bisa merasa...

kerana itu aku gembira
kerana itu aku bahagia
kerana itu aku percaya
bukan dia milik ku
bukan dia hak hati ku

tapi aku punya
hangat mentari itu
tapi aku punya 
belaian angin itu
dan aku punya memori itu...

akulah si angin.....
menyapa mu dari sisi
dan si dia mentari 
yang dekat  dimata namun tak bisa didekati........

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::okay::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

hari ini sedikit emosi... saya emosi kepada yang xmengerti.....maksudnye xphm bila dah disayang.... bahawa xramai  yang bertuah .... aku melihat dari maa hati......sedih bila kasih diberi tidak dihargai..... geram..........
ish ish ish..... emo betul ni..... tapi cube bayangkan .....org yang selalu menyayangi tu hilang .... org yang selalu mengasihi tiada lagi disisi..... sebab itu la kita perllu menghargai......

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::TAMAT::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

October 25, 2010

SETIA

mereka kata cinta kita cinta gila
mereka bilang cinta kita takkan tahan lama
2 hari lama tak
2 tahun kira lama tak
ke sampai mati baru kira lama

mulut sendiri boleh la ku suap makanan
kamu dan kamu mahu juga ke?

hati kita dan hidup kita yang punya..
opps... silap... kita yang rasa 
kerana kita tak bisa meMUNYA......

jika kamu bahagia bersamanya 
ku doakan berkekalan bahagia di hati
jika kamu gembira bersamanya
ku harapkan bila sedih melanda tetapla bersama...

maaf jika kamu iri hati 
melihat senyum di bibir
ampun jika kamu cemburu
melihat kasih berbunga di pipi....

kerana itu HIDUP ku...
dan terima kasih kerana
sayang mu 
dan terima kasih kerana 
perhatian mu....
dan terima kasih....
kerana ku tahu kamu dan kamu 
sayang pada ku....

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::OKAY::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kali ni...mengarut coz da lame tabuat entry,,,tetibe pai 2 entry sehari... kene catat dalam diari ni...hari bersejarah dalam hidup ku... hahahahaha.. (",)
kadang-kadang aku pelik la....orang memang suke cakap yer... mungkin la sebab aku pun orang jugak.... tapi.. kenapa kita kene cakap dan menyakitkan hati org?.... kenapa kita nak melukakan perasaan mereka yang sayangkan kita.... 
caner kalau da tak ada org sayang kita ?... hah... caner?...
semoga ALLAH pelihara lidah ku..........
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::AMIIIIN:::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TIADA

 hilang bukan kerana hendaknya
 hilang pasti kerana Masanya
 Usah dikenang usah di tangisi
 dia disana bersama Nya yang MENGASIHI
 dia disana bersama Nya yang lebih MENYAYANGI


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Insyaallah; akan tiba saat kita::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



salam... berhabuk sudah disini.... lap sikit...sambil lap2 air mata dan air hidung.... tetiba suasana dan ketika menyedarkan bahawa aku selalu lupa yang disekeliling aku TIADA satu pn yang aku punya.... Yang ESA berhak keatas segalanya biar apa pn kata ku.... aku redhakan segala nya .... dan aku maafkan silap manusia lain terhadap ku... Ya Allah lembutkan hatiku dengan kemaafan... tenangkan hati ku dengan keredhaan mu......

Terima kasih semua atas ehsan mu menerima ku seadanya... dan menemani ku dalam liku- liku hidup ini....


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::END:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::