November 08, 2010

wahai si kamu

jika mentari hari ini hilang dari pandanganku

bahagia kerana sinarnya masih di sini
aku cukup gembira kerana hangatnya masih terasa

mengapa kamu melaung kepada yang tiada telinga?
mengapa kamu melambai kepada yang tiada mata?

tahukah kamu angin menyapa menyentuh wajah mu
tahukah kamu angin itu membelai hangat mu
biar kamu tak mampu melihat
biar kamu tak mampu mendengar
kamu pasti masih bisa merasa...

kerana itu aku gembira
kerana itu aku bahagia
kerana itu aku percaya
bukan dia milik ku
bukan dia hak hati ku

tapi aku punya
hangat mentari itu
tapi aku punya 
belaian angin itu
dan aku punya memori itu...

akulah si angin.....
menyapa mu dari sisi
dan si dia mentari 
yang dekat  dimata namun tak bisa didekati........

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::okay::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

hari ini sedikit emosi... saya emosi kepada yang xmengerti.....maksudnye xphm bila dah disayang.... bahawa xramai  yang bertuah .... aku melihat dari maa hati......sedih bila kasih diberi tidak dihargai..... geram..........
ish ish ish..... emo betul ni..... tapi cube bayangkan .....org yang selalu menyayangi tu hilang .... org yang selalu mengasihi tiada lagi disisi..... sebab itu la kita perllu menghargai......

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::TAMAT::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

October 25, 2010

SETIA

mereka kata cinta kita cinta gila
mereka bilang cinta kita takkan tahan lama
2 hari lama tak
2 tahun kira lama tak
ke sampai mati baru kira lama

mulut sendiri boleh la ku suap makanan
kamu dan kamu mahu juga ke?

hati kita dan hidup kita yang punya..
opps... silap... kita yang rasa 
kerana kita tak bisa meMUNYA......

jika kamu bahagia bersamanya 
ku doakan berkekalan bahagia di hati
jika kamu gembira bersamanya
ku harapkan bila sedih melanda tetapla bersama...

maaf jika kamu iri hati 
melihat senyum di bibir
ampun jika kamu cemburu
melihat kasih berbunga di pipi....

kerana itu HIDUP ku...
dan terima kasih kerana
sayang mu 
dan terima kasih kerana 
perhatian mu....
dan terima kasih....
kerana ku tahu kamu dan kamu 
sayang pada ku....

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::OKAY::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

kali ni...mengarut coz da lame tabuat entry,,,tetibe pai 2 entry sehari... kene catat dalam diari ni...hari bersejarah dalam hidup ku... hahahahaha.. (",)
kadang-kadang aku pelik la....orang memang suke cakap yer... mungkin la sebab aku pun orang jugak.... tapi.. kenapa kita kene cakap dan menyakitkan hati org?.... kenapa kita nak melukakan perasaan mereka yang sayangkan kita.... 
caner kalau da tak ada org sayang kita ?... hah... caner?...
semoga ALLAH pelihara lidah ku..........
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::AMIIIIN:::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TIADA

 hilang bukan kerana hendaknya
 hilang pasti kerana Masanya
 Usah dikenang usah di tangisi
 dia disana bersama Nya yang MENGASIHI
 dia disana bersama Nya yang lebih MENYAYANGI


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::Insyaallah; akan tiba saat kita::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



salam... berhabuk sudah disini.... lap sikit...sambil lap2 air mata dan air hidung.... tetiba suasana dan ketika menyedarkan bahawa aku selalu lupa yang disekeliling aku TIADA satu pn yang aku punya.... Yang ESA berhak keatas segalanya biar apa pn kata ku.... aku redhakan segala nya .... dan aku maafkan silap manusia lain terhadap ku... Ya Allah lembutkan hatiku dengan kemaafan... tenangkan hati ku dengan keredhaan mu......

Terima kasih semua atas ehsan mu menerima ku seadanya... dan menemani ku dalam liku- liku hidup ini....


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::END:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




August 26, 2010

BERSAMA SEKALI LAGI

Kisah cinta semalam
Indah umpama hembusan angin pagi
Kisah kasih kelmarin
mengundang sepi seperti sendirinya Sang Mentari
Biarlah hitam membalut sunyi
Biarlah malam selubungi duri

Kini kisah ini telah bermula
Ceritera kasih memadam luka
Cerita rindu membawa bahagia...

Bersama walau seketika
Berdamping walau sementara
Bahagia juga tak lama
Benar... Bukan ini yang pertama
Namun .... Mungkin ini adalah penamatnya

Bersama mu Ramadhan
Membawa sendu dihati
Mengiring senyuman dibawa pergi
Meniti hari menanti waktu 
bertemukah lagi......
........................................................................END..............................................................

coretan ak kali ini...menggambarkan isah setahun yang telah ak lalui.... membawa diri... dah setahun rupenye ak habis belajar.... Ramadhan lepas ak masuk kerja kat PPNJ and Ramadhan tahun ini ak melangkah kaki ku ke Zubir Agro Resources... itu kisah lama... setahun macam lama tapi sebentar berlalu.... macam- macam da terjadi...dan aku tak akan menjadi insan yang sama seperti ramadhan lalu.... Semoga Ramadhan ini membawa jutaan Rahmat kepada keluarga, teman-teman, para guru dan semua umat islam di muka bumi Allah ini :)
.....................................................TAMAT........................................................................

July 14, 2010

celaru

Celaru...kian membunuhku
membawa ku ke dunia lain 
yang tak pernah ku mengerti
hiba menjerut akal
syahdu menikam minda
untuk sekian kalinya 
aku celaru dan buntu
kering sudah air mata ku
hilang sudah sendu ku
kalut mencari cahaya
yang terang ku lihat gelap
yang manis ku rasa pahit
sesungguhnya aku sungguh celaru
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::okay:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

yang ni susah sikit aku nak explain....serius untuk sekian kalinya dalam hidup aku , aku merasakan celaru tahap dewa karma.....semua rasa jadi satu....kecuali gembira tiada disitu......bukan kerana penghijrahan aku ke tempat kerja lain.....mungkin ini yang dikatakan masalah peribadi.....aku sedang cuba menenangkan diri agar mendekatkan diri denganNYA...da susah baru nak ingat ae...padan muka aku kan... huhuhuhuhu....okay...aku admit salah aku....sorry pun xgune kan......cume agak lega sikit da luahkan.....semoga pas ni aku leh tenangkan fikiran aku dan nampak cara penyelesaian yang aku perlu ambil..... Amiin....