1. Bila nak tahu aku boleh declare dengan si dia?
2. Bila tempoh perkenalan yang sesuai untuk berkasih-kasihan ?
| engage bukan bertunang tapi bertaut. |
Jawapan aku bagi:
Pernah tak kamu nampak si dia yang disayangi
MARAH? KECEWA? SEDIH?
- Ape si dia buat bila marah? sedih? kecewa?
- Ape si dia cakap bila marah? sedih? kecewa?
- Macamane rupa si dia bila marah? sedih? kecewa?
Kalau semua ni kamu pernah nampak dalam waktu perkenalan yang singkat, kamu bertuah.
Sebab kamu sempat berfikir :
- mampu kah kamu terima dia seadanya?
- mampukah kamu bertenang semasa si dia marah?sedih? kecewa?
- mampukah kamu tinggal bersamanya semasa dia marah?sedih? kecewa?
Marah adalah emosi yang paling sukar untuk dikawal, waktu itu banyak tindakan luar kawalan berlaku.
Aku tak mahu, baru sebulan menjadi pasangan kekasih kamu dah mula bosan atas alasan
- si dia tu bila marah je semua pun nak di baling, habis barang aku bagi selama ni.
- si dia tu bila marah je nak memaki nak mencarut, aku nak yang pandai kawal marah
- si dia tu bila marah semua pun kene marah, padahal aku tak tahu ape-ape pun
Padahal kamu yang belum kenal si dia sepenuhnya. Belum bersedia menerimanya seadanya. Belum bersedia menjadi pelengkap kepada kekurangannya.Sedih biasanya terlihat hanya kepada yang sedia menerima kekurangan nya. Kawan adalah manusia yang selalu melihat kesedihan. Jika mahu melihat kesedihannya, jadilah kawannya.
| Tak semua mampu bertahan disisimu semasa sedih, atau mungkin kamu memang tak suka perhatian. ihsan : en. google |
- Kenapa perlu sembunyi sedih? " Si dia tak mahu kamu lihat dia sebagai insan lemah"
- Kenapa perlu berpura-pura kalau sedih? " Si dia tak mahu kamu turut bersedih kerana sedih itu sakit"
- Kenapa perlu tipu kenalan jika sedang sedih? " Si dia belum bersedia berkongsi kisah hidup sepenuhnya"
| KECEWA ihsan pict: en.google |
Kecewa pula melambangkan sikap kesempurnaan. Kecewa kerana tak dapat itu, kecewa kerana tak punya ini. Kecewa juga satu kelemahan yang boleh membawa kebaikan jika benar pendekatan yang kamu mampu beri padanya.
- Jika terlalu kerap kecewa = terlalu mementingkan kesempurnaan
- Jika tak pernah kecewa = terlalu mengambil mudah semua perkara
- Jika kerap meluahkan kecewa kepada mu = bimbang kamu label si dia selalu merungut
Dengan penerangan panjang lebar Miss Young sebentar tadi dapatlah disimpulkan bahawa
Tempoh bukan lah pengukur atau tanda aras untuk menaiktaraf sesebuah hubungan
Apa yang penting adalah MAMPUKAH KAMU MELENGKAPKAN KEKURANGANNYA
Jika alasan mu " Aku sudah bertahun mengenalinya"
Pesan aku
" Aku cuma tak mahu nanti terdetik di hati kamu, menyesal aku couple/tunang/kawin dengan si dia, walhal kawan yang paling rapat dengan aku pun lagi elok perangainya"
"Aku cuma tak mahu pertelingkahan dalam hubungan kerana kamu mampu memiliki yang lebih baik"
" Pernah tak Kamu bertahan disisinya selama si dia melalui hidup manusia normal yang aku dah senaraikan ?"
Jika jawapannya
"Ya, aku sentiasa disinya walau perit untuk memahami pada awalnya, tapi aku dah berjaya lalui semua"
Mungkin ini waktunya untuk kamu menjadi kekasihnya.
| Lelaki ada yang curang |
| Perempuan pun ade yang curang |
No comments:
Post a Comment