October 05, 2011

Bila aku boleh declare dengan dia?

Ada yang bertanya pada aku.
1. Bila nak tahu aku boleh declare dengan si dia?
2. Bila tempoh perkenalan yang sesuai untuk berkasih-kasihan ?
engage bukan bertunang tapi bertaut.

Jawapan aku bagi:

Pernah tak kamu nampak si dia yang disayangi
MARAH? KECEWA? SEDIH?

  • Ape si dia buat bila marah? sedih? kecewa?
  • Ape si dia cakap bila marah? sedih? kecewa?
  • Macamane rupa si dia bila marah? sedih? kecewa?
Kalau semua ni kamu pernah nampak dalam waktu perkenalan yang singkat, kamu bertuah.
Sebab kamu sempat berfikir : 
  • mampu kah kamu terima dia seadanya?
  • mampukah kamu bertenang semasa si dia marah?sedih? kecewa?
  • mampukah kamu tinggal bersamanya semasa dia marah?sedih? kecewa?
Marah adalah emosi yang paling sukar untuk dikawal, waktu itu banyak tindakan luar kawalan berlaku.
Aku tak mahu, baru sebulan menjadi pasangan kekasih kamu dah mula bosan atas alasan 
  • si dia tu bila marah je semua pun nak di baling, habis barang aku bagi selama ni.
  • si dia tu bila marah je nak memaki nak mencarut, aku nak yang pandai kawal marah
  • si dia tu bila marah semua pun kene marah, padahal aku tak tahu ape-ape pun 
Padahal kamu yang belum kenal si dia sepenuhnya. Belum bersedia menerimanya seadanya. Belum bersedia menjadi pelengkap kepada kekurangannya.
Sedih biasanya terlihat hanya kepada yang sedia menerima kekurangan nya. Kawan adalah manusia yang selalu melihat kesedihan. Jika mahu melihat kesedihannya, jadilah kawannya.

Tak semua mampu bertahan disisimu semasa sedih, atau mungkin kamu memang tak suka perhatian.  ihsan : en. google

  • Kenapa perlu sembunyi sedih? " Si dia tak mahu kamu lihat dia sebagai insan lemah"
  • Kenapa perlu berpura-pura kalau sedih? " Si dia tak mahu kamu turut bersedih kerana sedih itu sakit"
  • Kenapa perlu tipu kenalan jika sedang sedih? " Si dia belum bersedia berkongsi kisah hidup sepenuhnya"
KECEWA
ihsan pict: en.google
Kecewa pula melambangkan sikap kesempurnaan. Kecewa kerana tak dapat itu, kecewa kerana tak punya ini. Kecewa juga satu kelemahan yang boleh membawa kebaikan jika benar pendekatan yang kamu mampu beri padanya.
  • Jika terlalu kerap kecewa = terlalu mementingkan kesempurnaan
  • Jika tak pernah kecewa = terlalu mengambil mudah semua perkara
  • Jika kerap meluahkan kecewa kepada mu = bimbang kamu label si dia selalu merungut
Dengan penerangan panjang lebar Miss Young sebentar tadi dapatlah disimpulkan bahawa

Tempoh bukan lah pengukur atau tanda aras untuk menaiktaraf sesebuah hubungan
Apa yang penting adalah MAMPUKAH KAMU MELENGKAPKAN KEKURANGANNYA
Jika alasan mu " Aku sudah bertahun mengenalinya"
Pesan aku 
" Aku cuma tak mahu nanti terdetik di hati kamu, menyesal aku couple/tunang/kawin dengan si dia, walhal kawan yang paling rapat dengan aku pun lagi elok perangainya"
"Aku cuma tak mahu pertelingkahan dalam hubungan kerana kamu mampu memiliki yang lebih baik"
" Pernah tak Kamu bertahan disisinya selama si dia melalui hidup manusia normal yang aku dah senaraikan ?"

Jika jawapannya 
"Ya, aku sentiasa disinya walau perit untuk memahami pada awalnya, tapi aku dah berjaya lalui semua"

Mungkin ini waktunya untuk kamu menjadi kekasihnya.

Lelaki ada yang curang

Perempuan pun ade yang curang

September 06, 2011

JODOH

Kalau da jodoh tak kemana
mencari boleh tapi jangan dikesali
meminta boleh tapi jangan dipersoal

Soal HATI
diri sendiri pun belum tentu memahami
Oleh itu apatah lagi insan yang bukan
tuan punya diri

Soal PERASAAN
akal sendiri selalu calaru
usah lah yang lain ikut haru biru

Soal JODOH
biar menjadi soalan dalam diri
usah ditanya pada yang belum punya yang dicari
kerana jawapan ada padaNYA
dan itu antara si dia dan DIA

August 25, 2011

Manner

saying thank you and smile
it is not as hard as you may think
saying sorry
may not the hardest thing to do if you feel the guilt
i may not the most humble person you'd ever meet
i am not the most polite lady that you would love to greet
but
you will see i try my best to be polite
even with people who did not live with the MANNER in heart
you will see i try to smile to others
even if they had torn my heart apart
because i love to live my life with respect
i do not care if you don't need it.
well,
just remember this
what comes around goes around
how you want to be treated by others
is how you need to others too

::::::: end:::::

Even today suppose to be the happiest day, it had been spoiled by persons who did not know what is manner and how to one. Anon just say it directly to his face that the anon don't want to meet foreigner because anon don't like to meet them or just say it that anon don't like the coolie.
1. Anon don't like to see foreigner but love to meet bosses who are actually a foreigner as well.
2. Anon don't like to deal with coolies even if the coolies was sent by the manager.

Speechless...

eh...next week is RAYA!!!!!! ...driving solo to the south of malaysia as soon as i'd punch my card .

August 23, 2011

Ramadhan datang lagi

assalamualaikum

Bismillah

Alamak, lama betul aku menyepi. Ya, aku sedar penggunaan bahasa kau pun da makin teruk dari sehari ke sehari. keMALASAN yang melampau, ditambah dengan keserabutan yang tidak terkira.... aku makin lupa. Ah, Melayu mudah lupa, tapi aku jawa + melayu. so, aku lupa kejap je lah kan..

entah kali ke berapa aku dah tulis then aku padam semula, aku rasa ayat tak menusuk kalbu.Bimbang bila dibaca tak tercapai maksud tersurat dan yang tersirat.

tapi, hari ni aku nak juga menaip puisi .. Insyallah

Ramadhan
Dia datang lagi
Tapi Dia sudah hampir pergi
Mungkin kah aku masih dapat bersamanya
Mungkin kah ini kali terakhir aku bertemunya

Liku kehidupan baru selangkah kulalui
Namun jutaan rasa ku tempuhi
Jika benar Rezeki ku disini
Ya, Allah kau bimbingla aku
agar IKHLAS di hati kekal bersemadi...

Ramadhan tetap kembali
biar aku tiada lagi
tapi dilihat aku angkuh lagi
sedangkan hati mengetahui
tiada apa yang Pasti selain Mati

April 20, 2011

Kerja Oh Kerja

Pernah tak kamu rasa 
Kerja itu amat membebankan
Bila kerja rasa nak cuti panjang
Tapi
Bila dah cuti panjang bosan pulak
Cuti pun adakala amat membebankan

Maka, itu lah yang sedang aku rasa.....
Rasa nak bersiap pergi kerja pagi pagi
Rasa nak pergi kerja

Orang kata aku gila kerja
Salah, aku rasa aku cuma gila penat..
Bila penat , hidup aku rasa digunakan
Bila penat, Barulah aku rasa berbaloi untuk rehat


aku suka yang ni. amik kat The Google
moral daripada gambar adalah :Manusia tak pernah bersyukur

TAPI..........
waktu masalah kerja tiba macam dalam gambar nih
tak lalu aku nak kerja,
eh, alamak..... aku da terjebak dengan gambar di atas.. opps